Wednesday 11 September 2013

KURSUS DALAMAN PENDIDIKAN SENI VISUAL



Urusetia bersama sebahagian peserta kursus
Pada hari Sabtu, 24 Ogos 2013, panitia Pendidikan Seni telah menganjurkan Kursus Dalaman Pendidikan Seni dengan kerjasama guru pelatih dari IPG Kampus Keningau. Seramai 15 orang guru Pendidikan Seni SK Banjar telah terlibat dalam kursus tersebut termasuk Ketua Panitia Pendidikan Seni SK Banjar, Puan Nuritah Sagudau. Antara pengisian kursus tersebut adalah berkaitan aktiviti dalam 4 bidang kegiatan seni iaitu bidang menggambar, membuat corak rekaan, membentuk dan membuat binaan serta bidang mengenal kraf tradisional. Para peserta menunjukkan komitmen yang baik dan seronok melakukan aktiviti.

para peserta khusyuk mendengar taklimat dari penceramah, Cik Nasiha Sakina


Cik Nasiha Sakina memberi taklimat dengan dibantu oleh Cik Rumaisa 

Pengacara Majlis, Cik Norashikin

Para peserta melihat bahan rujukan dan diberi penerangan oleh Cik Nasiha Sakina

peserta sedang menghasilkan bahan bantu mengajar Pendidikan Seni





AJK Pendaftaran, Cik Yohanieca dan Encik Yip Jun Seng mencatat kehadiran para peserta yang hadir

Encik How bersama hasil karya kraf tradisionalnya iaitu tengkolok


hasil BBM yang berjaya dihasilkan oleh para peserta

Tuesday 24 April 2012

JUMLAH WARGA SEKOLAH


JUMLAH GURU
 

Sekolah Rendah Kebangsaan Banjar mempunyai 43 orang guru yang mengajar iaitu 17 orang lelaki dan 31 orang perempuan.



JUMLAH KAKITANGAN BUKAN MENGAJAR

Jumlah KTBM atau kakitangan bukan mengajar pula adalah seramai 8 orang iaitu 3 orang lelaki dan 5 orang perempuan.

Berikut merupakan senarai nama KTBM di sekolah ini.

*Lelaki : 
1.       En. Samuddin

2.       En. Sallehudin bin Ismail

3.       En. Nordin Tingkayu



*Perempuan

1.       Pn. Margaret Karim

2.       Pn. Juliah Malintau

3.       Pn. Ramiah Sabaran

4.       Pn. Angela Aegidius



JUMLAH MURID

S.K Banjar mempunyai murid seramai 577 orang. Jumlah pelajar lelaki adalah 239 orang dan jumlah pelajar perempuan adalah seramai 284 orang.

Bumiputera : 
*lelaki : 186 orang
*perempuan: 183 orang

Cina:
*lelaki: 18 orang
*perempuan : 9 orang

Lain-lain:
*lelaki: 89 orang
*perempuan : 92 orang


[#Kiraan maklumat pada tahun 2013]

LAGU SEKOLAH



LAGU SEKOLAH

S.K Banjar namamu,
Terletak di tepi pegalan,
Tahun 80 engkau dirasmikan,

Pusat menimba ilmu,
Murid rajin berusaha,
Membina cita mulia,
Hormat menghormati, bersatu setia,
Majukan sekolah kita,

Berdisiplin berdedikasi,
Jadi amalan semua,
Bersatu setia membina,
Memajukan wawasan Negara,

Mari sama-sama kita,
Menuju cita mulia,
Cita-cita murni, jadikan impian,
Berpandukan rukun Negara.


SUMBER: S.K BANJAR KGU

Thursday 6 October 2011

Rakaman Lagu Sekolah


Sesi merakam lagu sekolah yang melibatkan pelajar-pelajar Tahun 6 Bestari. Terima kasih atas kerjasama dari Cikgu Johnny.

Wednesday 28 September 2011

Selamat Datang Ke Blog Sk Banjar Keningau

 SALAM 1MALAYSIA

Blog ini dibangunkan adalah bertujuan untuk memberikan informasi penting berkaitan SK Banjar Keningau khas kepada para guru pelatih yang akan dan sedang menjalani latihan praktikum dan PBS di sekolah ini.
Copyright© All Rights Reserved SKBanjarKeningau.blogspot.com